Saturday, 8 December 2012

Bestnya Dhuha!!


Assalamualaikum,,
Apa khabar saudara2 seislamku? Moga iman kita hari ini semakin bertambah, bersama amalan.

Biasa kita mendengar tentang solat sunat Dhuha. Tapi tahukah kita yang solat sunat  dhuha ini memang bagus untuk orang yang sibuk seperti kita, yakni pelajar, mahasiswa atau pekerja. 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : 
"Setiap tulang sendi seseorang menjelang pagi memerlukan sedekah. 
Untuk itu, setiap tasbih adalah sedekah, 
setiap tahmid adalah sedekah 
dan setiap takbir adalah sedekah. 
Menyeru makruf adalah sedekah, 
mencegah kemungkaran adalah sedekah. 
Semua perbuatan itu sama nilainya dengan DUA RAKAAT SOLAT DHUHA."
(Riwayat Abu Dzar) 

Sahabat-sahabat, menarik bukan sabda Rasulullah ini. Mudah sahaja nak meraih pahala. Hanya solat sunat dhuha dua rakaat. Insya Allah, moga Allah beri kekuatan untuk kita melakukannya. 

Bila sudah belajar menunaikannya, insya Allah amalan ini akan menjadi sebati dalam diri.


Video di atas adalah doa dhuha, dalam bentuk nasyid. Baca selepas solat. Mudah untuk kita faham, ianya beserta maksud. 

Bestkan??? 
Dua rakaat sahaja, tetapi Allah lipat-gandakan pahalanya. Kalau rajin, boleh dibuat 4 rakaat dan ke atas. 

Rasulullah juga bersabda :

" Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya segala dosanya walaupun seperti buih di lautan " (Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmizi)

Solat sunat Dhuha, mungkin ramai yang nampak remeh sebab hanya 'sunat' untuk dilakukan. Tetapi solat sunat inilah mendekatkan lagi kita pada Allah. 

Ia juga merupakan solat 'magnet' rezeki!

Jom Sahabat-sahabat!! Kita lazimi solat sunat dhuha. Ajak sekali kawan-kawan kita. Tidak susah jika kita mahu.

Ya, kita mahu solat sunat Dhuha pagi nanti. Minta teman-teman ingatkan kita tentang ini, "Solat Dhuha jom..."

Ingat ya sahabat, best tau solat sunat dhuha. 
Lagipun ia sunnah nabi Muhammad SAW. 
Jom buat ramai-ramai.

InsyaAllah. 

~~SOLAT ADALAH TANDA SYUKUR HAMBA KEPADA PENCIPTANYA~~






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...