Thursday 23 May 2013

Pesan Allah !!!


HATI SAKIT BOLEH MATI



Berkata Imam Fath Al-Musili, “Bukankah orang yang sedang sakit, apabila tidak diberikan makanan, minuman dan obat selama tiga hari ia akan mati?” Murid-muridnya menjawab, “Ya.”
Beliau berkata, “Begitu juga hati, apabila tidak diberikan ilmu dan hikmah selama tiga hari, maka ia akan mati.”


Pengajaran:

Sebagaimana kita selalu ingin menjaga kesihatan tubuh badan, kesihatan hati perlu juga diperhatikan. Makanan hati adalah ilmu, hikmah, zikir dan ibadah. Jika makanan hati tidak terjaga, satu hari ia akan jatuh sakit. jika tidak segera diubati, satu hari ia akan mati.


- Daripada Ketua Editor Majalah al-Ustaz, Ust Umar Mohamad Noor

Friday 17 May 2013

Masih belum terlambat!!

Salam Jumaat 

Hidupkan Sunnah Nabi Kita yang mulia Muhammad s.a.w di hari jumaat yang barakah ini , banyak berselawat kepada Baginda , keluarga serta sahabatnya .

Jangan lupa luangkan masa kita untuk membaca surah al-kahf .


ADAB BERGURAU


Sambil minum-minum di sebuah warung, berlaku sebuah dialog...

Adam:   Kamu nak tahu tak, Islam ini agama yang mudah dan memudahkan. Kita muslim ini tak digalakkan serius sepanjang masa.
Husaini: Betul tu. Ada masa-masa yang kita bergurau. Tetapi, setiap Muslim tu kena ingat, bergurau juga punya batasan dan adab-adabnya.
Adam:   Setuju. 

Tiba-tiba, Firdaus muncul.

Firdaus: Assalamualaikum. Sembang apa korang? 
Husaini dan Adam: Waalaikumsalam wrh. (sambil sengih-sengih)
Husaini: Hah Firdaus, kau tahu apa adab-adab dalam bergurau senda?
Firdaus: Terkejut aku. Haha.. aku tau. 
Adam (tersenyum): Bagitau la apa. Nak dengar ni.

Firdaus (dengan gaya Yang Berhormat): Hmmmm...OK. (sengih kerang busuk) 
Nak mudahkan cerita, ada 3 point.
1. Tidak keterlaluan dan melebihi batasan.
2. Tidak menganiaya atau memburuk-burukkan orang lain.
3. Menjauhkan dusta dan bicara yang bohong. 
Setuju?

Husaini: Betul. Nak tambah point kau yang pertama. (1) Saidina Umar Al-Khattab r.a. pernah memberitahu bahawa "Siapa yang banyak ketawanya akan berkurang kehebatannya, dan siapa yang suka bergurau, nanti dia akan dipermain-mainkan orang."

Adam:  Wah..itu dia Husaini berbicara. Nampak hebat dia. (diam sebentar) Ok, aku tambah pulak.
Aku teringat satu kisah, (2) satu hari.. para Sahabat berjalan bersama Rasulullah SAW.  Dipertengahan jalan, seorang daripada mereka tertidur. Teman mereka ini mengambil tali dan ikat sahabat tadi. Apabila dia tersedar, dia terkejut.
Rasulullah pun bersabda: "Tidak dibolehkan seseorang Muslim untuk menakut-nakuti  seorang Muslim yang lain." (Hadis riwayat Abu Daud)

Firdaus: Kalau kita rajin telaah, kita akanjumpa banyak kisah Nabi SAW bergurau. Cuma kita kena ingat, baginda mengingatkan (3) "Tidak beriman seorang hamba dengan sesempurna iman, sehingga dia meninggalkam dusta dalam bergurau, atau berdebat, meskipun dia itu benar". 

Husaini dan Adam mengangguk-angguk tanda faham sambil tersenyum.  

Adam:   Alhamdulillah, kenyang aku. Malam ini dapat makan untuk jasmani dan rohani serentak.
Firdaus: Alhamdulillah (senyum). Eh, air pun sudah habis. Jom gerak, aku ada assignment yang perlu diselesaikan.
Husaini: Haah. Jom. Terima kasih cikgu-cikgu semua.
Firdaus: Siapa cikgu? haha..
(dengan lambat membalas, sebab mencerna ayat Husaini) okey, kita cikgu rupanya.
Adam:  Kau ni lambatlah. hehe..

Setiap dari kita yang menyampaikan ilmu adalah guru.

p/s: SELAMAT HARI GURU buat guru-guru di Bumi. =) 


Rujukan:
Pendidikan Anak2 dalam Islam. Karya Dr. Abdullah Nasih Ulwan.



Thursday 9 May 2013

KELEBIHAN SOLAT SUBUH BERJEMAAH

 
Riwayat: 
 Muslim
Kategori: 
 Ibadah
Hadith: 
Daripada Jundub bin Abdullah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang bersolat subuh (pada waktunya secara berjemaah) maka dia berada dalam jaminan (keamanan dan perjanjian (Allah denan itu janganlah sampai Allah menuntut sesuatu kepada kamu daripada jaminan (perjanjian). (Jangan sampai kamu meninggalkan solat subuh) kerana sesungguhnya sesiapa yang dituntut oleh Allah daripada suatu jaminannya (perjanjiannya) tentu akan tercapai (berlaku), kemudian Allah menyembahkan mukanya ke dalam api neraka”. 
 
Huraian Hadith: 
  1. Orang Islam disuruh solat 5 waktu berjemaah kerana terdapat fadhilat-fadhilat yang khusus lagi banyak.
  2. Orang yang menunaikan solat 5 waktu khususnya solat subuh maka dia tetap berada dalam jaminan (tanggungjawab) Allah sepanjang hari.
  3. Setiap orang yang menganiayai atau menghalang seseorang daripada beribadah, nescaya dia akan diazab oleh Allah SWT (dilemparkan ke dalam api neraka jahannam).
  4. Dikhususkan (ditentukan) solat subuh dengan kelebihan ini kerana solat subuh lebih berat daripada solat-solat lain disebabkan waktu subuh adalah waktu sedang nyenyak tidur, pada musim sejuk pula sukar untuk berwudhuk dan bagi orang yang bekerja pula subuh adalah masa membuat persiapan untuk keluar bekerja.
  5. Dengan meninggalkan solat subuh terbatallah jaminan yang diberikan Allah kepada hamba berkenaan.

    sumber: JAKIM

Thursday 11 April 2013

Jom meriahkan ISDIK'13


DAY 1

DAY 2

 DAY 3

DAY 4
 
DAY 5


Lembutkan Hatimu

Assalamualaikum..

Apa khabar iman kamu? Tanya pada hatimu, sihatkah dia. Sedarkah kamu, hati itu menderita. Tak cukup makanan. Makanan apa? Makanan rohani.

Kita ini hamba yang lemah.
Terus, ini tanda ingatan buat kita, jangan sesekali tinggalkan bacaan Quran dan solat lima waktu.
Mengapa? 
Syaitan dan nafsu akan bermaharajalela dalam diri.



Almarhum ustaz Yahya Osman pernah berpesan, "Jangan lupa baca Al-Quran sesibuk mana pun kamu". Pesanan yang ringkas dan sangat bermakna. 

"Jangan tinggal solat mu. Kerana jutaan manusia di dalam kubur yang ingin dihidupkan kembali hanya untuk sujud kepada Allah."

Allah mengingatkan hamba-hambaNya dalam surah Al-Anfal, ayat kedua di bawah.
 Yang bermaksud, "Sesungguhnya orang-orang yg beriman itu ( yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat2-Nya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah."

Sahabat-sahabatku sekalian, jom nilai ibadah solat kita. Setakat mana solat itu mampu mencegah kita dari berbuat dosa.

Renung kembali solat kita yang baru kita lakukan...
Renung juga solat kita yang lain...
Apakah kita solat itu sempurna?
Apakah hanya jasad sahaja yang menghadap Kaabah?
Dimana roh kita???

Allahu Allah, Ampunkan dosa dan ketelanjuran kami. Yang kami lakukan dalam sedar atau tidak sedar.

Wahai hamba Allah, ketahuilah bahawa solat yang sempurna mampu melembutkan hatimu. 
Pabila kita dekat denganNya, DIA akan dekat dengan kita.


Tips:
Satu cara untuk khusyuk dalam solat adalah dengan memahami bacaan dalam solat.
 ***Sejauh mana kita faham? Tanya pada diri. 

Semuanya kerana Allah Taala..


Monday 8 April 2013

ISLAMIC DISCOVERY WEEK (ISDIK'13)


coming soon..............




Islamic Discovery Week '13 (ISDIK '13) merupakan suatu projek di bawah anjuran JKP Kerohananian & Perpaduan dan Surau Kolej Kediaman Kinabalu (KK8), Universiti Malaya yang akan diadakan selepas cuti pertengahan semester iaitu pada 15 April 2013 sehingga 19 April 2013. Terdapat banyak aktiviti menarik yang akan diadakan pada setiap hari. Dijemput seluruh warga Kolej Kediaman Kinabalu dan juga rakan-rakan dari kolej lain & luar kampus untuk beramai-ramai hadir ke program ini.

Saturday 30 March 2013

Lafazkan ALHAMDULILLAH


Rasulullah S.A.W bersabda:
” Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati “
Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada.

Sunday 24 March 2013

Amalan Sedekah Menyubur Keimanan


Puisi: Sebuah Nyanyian

>> Renung-renungkan...



Seorang ibu muda
melonjak gembira
memeluk anaknya
yang baru belajar di tadika:
"good morning,"
"good afternoon,"
"good night,"
bukannya:
"Assalamu'alaikum,"
bukannya:
"Bismillahir-Rahmanir-Rahim,"
bukannya:
"Alhamdulillah,"
   bukan ---
        bukan ---

Sang anak
riang menyanyi
"Are you sleeping
     are you sleeping,
         Brother John
              Brother John,
                  Morning bells are ringing."

Si ibu yang alpa
sungguh menyangka
itulah nyanyian tamaddun kini.
Si ibu yang leka
tidak menduga
itulah bibit gereja
sedang ditanam dalam nafas anaknya.
Sebuah nyanyian 
cukup menggugat satu keturunan.

Bandar Seri Begawan,,, 13 Jamadilakhir,1400.

Wednesday 6 March 2013

Tadarus Al-Quran

Assalamualaikum. 

Malam ini insyaa aLLAH hari ketiga program tadarus al-Quran di Surau kolej. Sahabat-sahabat yang berkelapangan di jemput hadir

  Kelebihan tadarus dijelaskan menerusi hadis sahih Muslim yang menyebut, Rasulullah S.A.W telah bersabda: “Tidak ada satu kaum yang berhimpun pada satu rumah Allah daripada rumah-rumah Allah yang membaca Al-Quran dan belajar memahaminya di kalangan mereka melainkan Allah menurunkan rahmat dan ketenangan, dilindungi oleh para malaikat dan diingati oleh Allah disisi-Nya”.

Gambar sekitar hari pertama.

















Alhamdulillah, semalam lebih ramai dari hari pertama. Semoga malam ini lebih ramai lagi.

Untuk makluman, Majlis Tadarrus Al-Quran ini akan berlangsung sehingga 29 Mac 2013, setiap hari isnin hingga jumaat malam selepas Isya. 

 
  

Tuesday 26 February 2013

Jom Baca AL-QURAN

“Bacalah olehmu semua akan al-Quran itu, 
sebab al-Quran itu akan datang 
pada Hari Kiamat sebagai sesuatu yang dapat 
memberikan syafa`at (pertolongan) 
kepada orang-orang yang memilikinya (mengamalkannya).”

(HR Muslim)
 
 
 Dari Abu Musa al-Asy`ari radhiAllahu `anhu katanya Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Perumpamaan orang mu’min yang suka membaca al-Quran ialah seperti buah utrujjah (اَلْاُتْرُجَّة), baunya enak dan rasanya pun enak. Dan perumpamaan orang mukmin yang tidak suka membaca al-Quran ialah seperti buah kurma, tidak ada baunya, tetapi rasanya manis. Adapun perumpamaan orang munafik yang suka membaca al-Quran ialah seperti minyak harum, baunya enak sedang rasanya pahit. Dan perumpamaan orang munafik yang tidak suka membaca al-Quran ialah seperti rumput hanzolah (اَلْحَنْظَلَة), tidak ada baunya dan rasanya pun pahit.”

(Muttafaq ‘alaih)
 
 
 

Sunday 24 February 2013

Gotong Royong Surau

TODAY: 13 RABIUL AKHIR 1434HIJRAH

Assalamualaikum.. 
Alhamdulillah hari ini kita dapat gotong-royong membersihkan surau Kolej Kediaman Kinabalu. Sekalung penghargaan buat semua yang turun bersama-sama mencantikkan tempat kita berkumpul dan beribadah.

Terima kasih semua. Semoga Allah mengurniakan ganjaran yang besar buat kalian. Amin.

Di bawah, gambar-gambar sekitar operasi pagi tadi. 


















Thursday 24 January 2013

SALAM MAULIDUR RASUL 1434H ♥

SALAM MAULIDUR RASUL 1434H ~♥
 
Dalam sebuah riwayat hadis...

Ketika itu Baginda Nabi Muhammad s.a.w sedang duduk berkumpul bersama-sama para sahabat...
Di antara sahabat-sahabat termasuklah Saidina Abu Bakar, Saidina Omar, Saidina Uthman, Saidina Ali dan yang lain...
Lalu kemudian Baginda bertanya kepada sahabat-sahabatnya...

Wahai sahabatku, tahukah kalian...Siapakah hamba Allah yang mulia di sisi Allah?

Para sahabat terdiam... lalu ada salah seorang sahabat berkata...

Para Malaikat ya Rasulallah... merekalah yang mulia

Baginda berkata...

Ya, para Malaikat itu mulia, mereka dekat dengan Allah... Mereka sentiasa bertasbih dan beribadat kepada Allah... tentulah mereka mulia... tapi bukan itu yang ku maksudkan

Lalu kemudian para sahabat kembali terdiam...
Tiba-tiba salah seorang sahabat kembali berkata...

Ya Rasulallah, tentulah para Nabi...merekalah yang mulia itu

Nabi Muhammad s.a.w tersenyum... baginda berkata...

Para Nabi itu mulia...mereka adalah utusan Allah di muka bumi ini... bagaimana mungkin mereka tidak mulia...mereka mulia... tapi ada lagi yang lainnya

Para sahabat terdiam...tertanya... siapa lagi orang yang mulia...
Hingga kemudian salah seorang sahabat berkata...

Ya Rasulallah... apakah kami sahabatMu ya Rasulallah...apakah kami yang mulia itu Ya Rasul?

Baginda memandang wajah sahabatnya satu persatu... Baginda tersenyum melihat para sahabat...
Baginda berkata...

Tentulah kalian mulia...kalian dekat denganku...kalian membantu perjuanganku... mana mungkin kalian tidak mulia...tentulah kalian mulia... tapi ada lagi yang lain yang mulia

Para sahabat terdiam semuanya... mereka tidak mampu berkata apa-apa lagi...
Lalu tiba-tiba... Nabi Muhammad menundukkan wajahnya... Baginda menangis di hadapan sahabat-sahabatnya...
Para sahabat tertanya-tanya...

Mengapa kau menangis Ya Rasulallah?

Lalu Baginda mengangkat wajahnya... terlihat bagaimana air mata berlinang membasahi pipi dan janggutnya...
Baginda berkata...

Wahai saudaraku... sahabatku... tahukah kalian siapa yang mulia itu... mereka adalah manusia-manusia... mereka akan lahir jauh setelah wafatku nanti... mereka begitu mencintai Allah dan tahukah kalian... mereka tidak pernah memandangku... mereka tidak pernah melihat wajahku... mereka hidup tidak dekat dengan aku seperti kalian... tapi mereka begitu rindu kepada ku dan saksikanlah wahai sahabatku semuanya... Aku pun rindu kepada mereka... mereka yang mulia itu...merekalah umatku..
~perkongsian daripada Pengerusi Surau KK8. Semoga bermanfaat. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...