Thursday 11 April 2013

Lembutkan Hatimu

Assalamualaikum..

Apa khabar iman kamu? Tanya pada hatimu, sihatkah dia. Sedarkah kamu, hati itu menderita. Tak cukup makanan. Makanan apa? Makanan rohani.

Kita ini hamba yang lemah.
Terus, ini tanda ingatan buat kita, jangan sesekali tinggalkan bacaan Quran dan solat lima waktu.
Mengapa? 
Syaitan dan nafsu akan bermaharajalela dalam diri.



Almarhum ustaz Yahya Osman pernah berpesan, "Jangan lupa baca Al-Quran sesibuk mana pun kamu". Pesanan yang ringkas dan sangat bermakna. 

"Jangan tinggal solat mu. Kerana jutaan manusia di dalam kubur yang ingin dihidupkan kembali hanya untuk sujud kepada Allah."

Allah mengingatkan hamba-hambaNya dalam surah Al-Anfal, ayat kedua di bawah.
 Yang bermaksud, "Sesungguhnya orang-orang yg beriman itu ( yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat2-Nya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah."

Sahabat-sahabatku sekalian, jom nilai ibadah solat kita. Setakat mana solat itu mampu mencegah kita dari berbuat dosa.

Renung kembali solat kita yang baru kita lakukan...
Renung juga solat kita yang lain...
Apakah kita solat itu sempurna?
Apakah hanya jasad sahaja yang menghadap Kaabah?
Dimana roh kita???

Allahu Allah, Ampunkan dosa dan ketelanjuran kami. Yang kami lakukan dalam sedar atau tidak sedar.

Wahai hamba Allah, ketahuilah bahawa solat yang sempurna mampu melembutkan hatimu. 
Pabila kita dekat denganNya, DIA akan dekat dengan kita.


Tips:
Satu cara untuk khusyuk dalam solat adalah dengan memahami bacaan dalam solat.
 ***Sejauh mana kita faham? Tanya pada diri. 

Semuanya kerana Allah Taala..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...