Thursday 23 May 2013

Pesan Allah !!!


HATI SAKIT BOLEH MATI



Berkata Imam Fath Al-Musili, “Bukankah orang yang sedang sakit, apabila tidak diberikan makanan, minuman dan obat selama tiga hari ia akan mati?” Murid-muridnya menjawab, “Ya.”
Beliau berkata, “Begitu juga hati, apabila tidak diberikan ilmu dan hikmah selama tiga hari, maka ia akan mati.”


Pengajaran:

Sebagaimana kita selalu ingin menjaga kesihatan tubuh badan, kesihatan hati perlu juga diperhatikan. Makanan hati adalah ilmu, hikmah, zikir dan ibadah. Jika makanan hati tidak terjaga, satu hari ia akan jatuh sakit. jika tidak segera diubati, satu hari ia akan mati.


- Daripada Ketua Editor Majalah al-Ustaz, Ust Umar Mohamad Noor

Friday 17 May 2013

Masih belum terlambat!!

Salam Jumaat 

Hidupkan Sunnah Nabi Kita yang mulia Muhammad s.a.w di hari jumaat yang barakah ini , banyak berselawat kepada Baginda , keluarga serta sahabatnya .

Jangan lupa luangkan masa kita untuk membaca surah al-kahf .


ADAB BERGURAU


Sambil minum-minum di sebuah warung, berlaku sebuah dialog...

Adam:   Kamu nak tahu tak, Islam ini agama yang mudah dan memudahkan. Kita muslim ini tak digalakkan serius sepanjang masa.
Husaini: Betul tu. Ada masa-masa yang kita bergurau. Tetapi, setiap Muslim tu kena ingat, bergurau juga punya batasan dan adab-adabnya.
Adam:   Setuju. 

Tiba-tiba, Firdaus muncul.

Firdaus: Assalamualaikum. Sembang apa korang? 
Husaini dan Adam: Waalaikumsalam wrh. (sambil sengih-sengih)
Husaini: Hah Firdaus, kau tahu apa adab-adab dalam bergurau senda?
Firdaus: Terkejut aku. Haha.. aku tau. 
Adam (tersenyum): Bagitau la apa. Nak dengar ni.

Firdaus (dengan gaya Yang Berhormat): Hmmmm...OK. (sengih kerang busuk) 
Nak mudahkan cerita, ada 3 point.
1. Tidak keterlaluan dan melebihi batasan.
2. Tidak menganiaya atau memburuk-burukkan orang lain.
3. Menjauhkan dusta dan bicara yang bohong. 
Setuju?

Husaini: Betul. Nak tambah point kau yang pertama. (1) Saidina Umar Al-Khattab r.a. pernah memberitahu bahawa "Siapa yang banyak ketawanya akan berkurang kehebatannya, dan siapa yang suka bergurau, nanti dia akan dipermain-mainkan orang."

Adam:  Wah..itu dia Husaini berbicara. Nampak hebat dia. (diam sebentar) Ok, aku tambah pulak.
Aku teringat satu kisah, (2) satu hari.. para Sahabat berjalan bersama Rasulullah SAW.  Dipertengahan jalan, seorang daripada mereka tertidur. Teman mereka ini mengambil tali dan ikat sahabat tadi. Apabila dia tersedar, dia terkejut.
Rasulullah pun bersabda: "Tidak dibolehkan seseorang Muslim untuk menakut-nakuti  seorang Muslim yang lain." (Hadis riwayat Abu Daud)

Firdaus: Kalau kita rajin telaah, kita akanjumpa banyak kisah Nabi SAW bergurau. Cuma kita kena ingat, baginda mengingatkan (3) "Tidak beriman seorang hamba dengan sesempurna iman, sehingga dia meninggalkam dusta dalam bergurau, atau berdebat, meskipun dia itu benar". 

Husaini dan Adam mengangguk-angguk tanda faham sambil tersenyum.  

Adam:   Alhamdulillah, kenyang aku. Malam ini dapat makan untuk jasmani dan rohani serentak.
Firdaus: Alhamdulillah (senyum). Eh, air pun sudah habis. Jom gerak, aku ada assignment yang perlu diselesaikan.
Husaini: Haah. Jom. Terima kasih cikgu-cikgu semua.
Firdaus: Siapa cikgu? haha..
(dengan lambat membalas, sebab mencerna ayat Husaini) okey, kita cikgu rupanya.
Adam:  Kau ni lambatlah. hehe..

Setiap dari kita yang menyampaikan ilmu adalah guru.

p/s: SELAMAT HARI GURU buat guru-guru di Bumi. =) 


Rujukan:
Pendidikan Anak2 dalam Islam. Karya Dr. Abdullah Nasih Ulwan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...